![]() |
SINOPSIS KURSUS |
KOD | KURSUS | KREDIT |
EDU 3409 |
Pengajaran Praktik Sains Pertanian Pengajaran Sains Pertanian di sekolah; agensi pertanian di Malaysia; pengajaran praktik kemahiran sains pertanian, pengeluaran dan pengurusan tanaman dan ternakan; pengurusan dan pemasaran hasil pertanian. |
|
EDU 3410 |
Pengajaran Pengurusan Ladang Analisis sukatan pelajaran pengurusan ladang di sekolah menengah; pengajaran konsep dan prinsip dalam pengurusan ladang; aplikasi kaedah dan teknik pengajaran pengurusan ladang. |
|
EDU 3411 |
Pengurusan Organisasi Belia Perkembangan belia; organisasi belia; pembentukan kelompok; prinsip dan fungsi pengurusan; prinsip, fungsi dan kemahiran kepemimpinan; penilaian program belia. |
|
EDU 3412 |
Pengurusan Bengkel Ciri-ciri bengkel yang berfungsi; konsep dan teori pengurusan bengkel; langkah keselamatan di dalam bengkel; kaedah dan strategi pengajaran kemahiran. |
|
EDU 3413 |
Dinamika Perhubungan Manusia Kursus ini memberi teori-teori dan prinsip asas berkomunikasi, peningkatan kendiri, kesejahteraan keluarga. Perkara yang dititikberatkan ialah: komunikasi lisan dan tanpa lisan, memahami diri, membina imej kendiri, kemahiran membuat keputusan, peranan komunikasi dalam perkem- bangan kendiri, mengenal keluarga, cara berkomunikasi, keharmonian hidup bermasyarakat dan mengenal komuniti dalam pekerjaan. |
3 kredit |
EDU 3414 |
Pendidikan Perdagangan Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan, kepentingan dan perkembangan perniagaan, ciri-ciri usahawan, konsep pengeluaran, industri tempatan, prinsip asas dan cara menjalankan perniagaan. |
3 kredit |
EDU 3415 |
Pendidikan Perakaunan Kursus ini membicangkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam sesuatu kitaran perakaunan bermula daripada analisis aktiviti ekonomi/urusniaga sehingga kepada penutupan akaun-akaun. |
3 kredit |
EDU 3416 |
Kemahiran Manipulatif I Pengendalian bengkel; peralatan; sumber dan penggunaan elektrik; memasang plag tiga pin; soket dan pengujian fius; pengalir dan penebat; pembacaan meter KWH; komponen elektronik; membaca dan mentafsir lukisan litar; memasang dan menguji alat elektronik; pengiraan kos. |
3 kredit |
EDU 3417 |
Kemahiran Manipulatif II Pengurusan makmal; peralatan; lukisan teknik; kerja logam dan kayu; membaik pulih tangki simbah dan sinki; sistem bekalan air; penyambung dan pemasangan paip. |
3 kredit |
EDU 3418 |
Kemahiran Manipulatif III Keselamatan dan organisasi bengkel; peralatan tangan; alat pengikat dan penyantum; bahagian utama enjin; enjin dua dan empat lejang. |
3 kredit |
EDU 3419 |
Asas Ekonomi Rumah Tangga Perbincangan berkenaan falsafah ekonomi rumah tangga, bidang-bidang dalam ekonomi rumah tangga dan kepentingannya; Pengetahuan asas dalam makanan, pakaian dan tempat kediaman; Latihan amali dalam penyediaan makanan dan pakaian; dan penyediaan aktiviti yang sesuai untuk kelas ekonomi rumah tangga di sekolah--meliputi kelas teori dan amali. |
3 kredit |
EDU 3420 |
Perkembangan Pendidikan Vokasional Definisi, konsep, prinsip dan ciri pendidikan vokasional; perkembangan pendidikan vokasional; sistem pendidikan vokasional; kurikulum pendidikan vokasional; kaedah merancang program pendidikan vokasional. |
3 kredit |
EDU 3421 |
Pemikiran Berfikir Konsep, teori dan model dalam pemikiran kritikal dan kreatif; pendekatan pengajaran dan pembelajaran pemikiran kritikal dan kreatif; aplikasi pemikiran kritikal dan kreatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran; inovasi dan reka cipta. |
3 kredit |
EDU 3422 |
Pendidikan Keusahawanan Kepentingan pendidikan dan latihan keusahawanan dalam sistem pendidikan masa kini; perkaitan pendidikan vokasional dengan keusahawanan; pembentukan usahawan berjaya; kemahiran, ciri-ciri keusahawanan, dan motivasi pencapaian; strategi pengajaran keusahawanan. |
3 kredit |
EDU 3423 |
Isu Pendidikan Sains Rumah
Tangga Falsafah dan matlamat pendidikan Sains Rumah Tangga; mengenal pasti masalah dan isu berhubung kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, kewangan; imej dan sistem penilaian; pembentukan alternatif; pendekatan penyelesaian masalah; kepemimpinan dan wawasan Sains Rumah Tangga. |
6 kredit |
EDU 3500 |
Asas Pendidikan Jasmani Konsep-konsep asas dalam pendidikan jasmani: falsafah, objektif, sejarah, kurikulum dan asas-asas sains dan sosio-budaya; peranan pendidikan jasmani untuk orang cacat; persediaan profesional dan kepimpinan guru pendidikan jasmani. |
3 kredit |
EDU 3501 |
Sosiologi Sukan Konsep dan prinsip sosiologi dalam sukan; sukan sebagai satu unsur yang signifikan dalam semua kebudayaan manusia; perkembangan nilai melalui sukan; hubungan sukan dengan institusi sosial, sosialisasi, deviasi sosial, stratifikasi sosial dan diskriminasi sosial; dan masalah penyertaan wanita dalam sukan; konsep kesenggangan dan fungsinya dalam proses sosial; ciri-ciri kesenggangan; pola-pola kesenggangan dalam masyarakat tradisional dan moden; dan aliran semasa kesenggangan dalam masyarakat Malaysia. |
3 kredit |
EDU 3502 |
Psikologi Sukan Konsep dan skop psikologi sukan; psikologi prestasi sukan; personaliti athlit dan jurulatih; keagresifan dalam sukan; motivasi sukan; psikik sukan; orientasi kerohanian dan prestasi sukan; kesepaduan pasukan; keresahan dalam pertandingan; faktor-faktor kemanusiaan dan kejurulatihan; athlit remaja; psikologi wanita dalam sukan. |
3 kredit |
EDU 3503 |
Kawalan Motor Teori kawalan motor; pemerolehan kemahiran motor; komponen kemahiran motor; prinsip pembelajaran motor. |
3 kredit |
EDU 3504 |
Anatomi Dan Fisiologi Manusia Organisasi anatomi dan fisiologi manusia; prinsip sokongan dan pergerakan; analisis pergerakan anggota; faktor yang mempengaruhi pergerakan; pelbagai sistem tubuh manusia. |
4 kredit |