![]() |
SINOPSIS KURSUS |
KOD | KURSUS | KREDIT |
EDU 3505 |
Biomekanik Prinsip mekanik asas berhubung dengan pengajian struktur anatomi dan penganalisisan perlakuan manusia. |
|
EDU 3506 |
Fisiologi Senam Penghuraian dan penerangan mengenai perubahan-perubahan fungsi dan penyesuaian yang dihadapi oleh sistem-sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan terhadap senaman acute dan latihan; peranan senaman di dalam pemeliharaan kesihatan dan pencegahan penyakit. |
|
EDU 3507 |
Latihan Dan Kecederaan Sukan Gabungan pengetahuan dari kursus-kursus prasyarat diaplikasikan dalam merancang, mengelola dan meneliti program latihan.; persediaan fizikal bagi mencegah kecederaan dan langkah-langkah diambil bila berlaku kecederaan didedah secara amali. Kursus ini menyediakan pelajar untuk menghadapi ahli-ahli sukan. Latihan makmal menyakinkan pelajar dengan situasi sebenar dalam proses menyediakan dan melatih ahli-ahli atau pasukan. |
|
EDU 3508 |
Renang Suaian fizikal untuk renang; kemahiran gaya renang; mula dan pusing; kemahiran selam; undang-undang FINA bagi acara renang, polo air dan terjun; merancang dan mengelola pertandingan; kaedah mengajar dan melatih; keselamatan air dan teknik penyelamat kelemasan. |
|
EDU 3509 |
Kegiatan Profesional I Aplikasi prinsip dan teori bagi sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan hoki. |
3 kredit |
EDU 3510 |
Kegiatan Profesional II Aplikasi prinsip dan teori bagi bola baling, ragbi, sofbol dan tenis. |
3 kredit |
EDU 3511 |
Kegiatan Profesional III Aplikasi prinsip dan teori bagi bola keranjang, bola sepak, gimnastik, gimrama dan badminton. |
3 kredit |
EDU 3512 |
Kecergasan Dan Olahraga Aplikasi konsep kecergasan; prinsip latihan dan pelbagai pendekatan dalam pelaziman fizikal, peranan memanaskan badan untuk latihan dan pertandingan; fasa latihan; organisasi kelas olahraga; kemahrian mengajar acara trek dan padang; merancang dan mentadbir pertandingan olahraga. |
4 kredit |
EDU 3513 |
Pengurusan Sukan Pengenalan kepada teori dan proses organisasi dan pentadbiran; aplikasi teori dan prinsip pentadbiran dalam program pendidikan jasmani dan pertubuhan sukan - yang berkait dengan kurikulum; kokurikulum; penjadualan; kemudahan; alatan; kewangan dan pengurusan. Aspek-aspek hubungan awam dan undang-undang yang akan terlibat dalam program pendidikan jasmani dan sukan juga diberi perhatian. |
3 kredit |
EDU 3514 |
Pendidikan Jasmani Suaian Pendidikan Jasmani Suaian menitikberatkan kanak-kanak luar biasa. Bidang ini menganalisa pergerakan, mengenal pasti masalah-masalah dalam domin psikomotor dan merancang strategi pengajaran untuk menolong mengatasi masalah-masalah kegagalan mereka. |
3 kredit |
EDU 3515 |
Pendidikan Luar Program ini adalah dirancangkan untuk memupuk kesuburan pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap penglibatan dalam aktiviti fizikal untuk sepanjang hayat. Kursus ini juga diharap dapat menggalakkan penggunaan kenikmatan persekitaran luar untuk tujuan pendidikan dan rekreasi. Di samping mengajar matlamat tersebut, pelajar akan dapat membina kecergasan fizikal, mental, emosi dan sosial. Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti perkhemahan, orienteering, mendaki, teknik (survival) ikhtiar hidup dan lain-lain. |
3 kredit |
EDU 3550 |
Pengenalan Pendidikan Kesihatan Konsep dan definisi kesihatan; kesihatan optimum; manusia dan penyakit; gaya hidup yang sihat dan aktif; masalah kesihatan mental dan fizikal; isu kesihatan semasa. |
3 kredit |
EDU 3551 |
Bantu Mula Pengenalan dan aplikasi bantu mula; pemulihan kardio pulmonari; keselamatan di air. |
3 kredit |
EDU 3552 |
Pendidikan Keselamatan Pendidikan keselamatan dan kesihatan dalam kehidupan; konsep keselamatan dan kesihatan; prinsip dan teknik mencegah kemalangan; undang-undang dan keselamatan; keselamatan di rumah, sekolah, tempat kerja dan tempat rekreasi. |
3 kredit |
EDU 3553 |
Kesihatan Komuniti Dan Persekitaran Hubungan ekologi manusia dengan persekitaran dan kesihatan komuniti; kualiti kesihatan; perkembangan penduduk; sanitasi; pemakanan; pembuangan bahan buangan; agensi kesihatan kerajaan dan bukan kerajaan; keperluan kesihatan komuniti; masalah persekitaran. |
6 kredit |
EDU 3554 |
Pemakanan Dan Kecergasan Pemakanan dan pemindahan tenaga; struktur, fungsi dan sumber makanan dalam diet; kepentingan nutrien makanan dalam membantu fungsi fisiologi semasa aktiviti fizikal; pemakanan tambahan serta bantuan ergogenik pemakanan ke atas prestasi fizikal; kepentingan penggantian cecair dan elektrolit; merancang keperluan pemakanan untuk kecergasan dan kesihatan. |
3 kredit |
EDU 3555 |
Pengurusan Kesihatan Organisasi dan struktur program kesihatan sekolah; fungsi dan konsep program kesihatan sekolah; hubungan sekolah dengan agensi-agensi kesihatan; penilaian program. |
3 kredit |
EDU 3600 |
Islam dan Ilmu Pengetahuan Falsafah pendidikan Islam; aktiviti keilmuan di zaman permulaan Islam; asas pendidikan Islam; sumber ilmu; ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah; adab ulamak, guru dan murid; metodologi al-Quran dalam pendidikan. |
3 kredit |
EDU 3601 |
Falsafah Islam Falsafah praIslam; Islam dan persoalan falsafah; penterjemahan falsafah silam ke dalam bahasa Arab; tokoh-tokoh falsafah Islam; zaman kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan semula falsafah Islam. |
3 kredit |
EDU 3615 |
Asas Perundangan Islam Asas perundangan Islam; matlamat hukum; sumber hukum Islam. |
3 kredit |
EDU 3616 |
Undang-Undang Keluarga Islam Perkahwinan menurut Islam; kuasa wali; hak dan tanggungjawab suami isteri; perceraian; iddah; hak anak-anak; pusaka. |
3 kredit |
EDU 3617 |
Undang-Undang Jenayah Islam Kesalahan di bawah hukum hudud; syarat-syarat mensabitkan kesalahan; cara perlaksanaan hukuman; jenis hukuman: qisas, hudud, tazir. |
3 kredit |
EDU 3640 |
Tasawwur Islam Konsep Islam tentang Tuhan, alam dan manusia; pengertian Islam, iman dan ihsan; huraian mengenai dakwah; Islam sebagai ad-Din yang mempunyai ciri umum seperti Rabbaniah, Wasatiah, Waqiiah. |
3 kredit |