SINOPSIS KURSUS

 KOD   KURSUS  KREDIT
EDU
3000
Falsafah Pendidikan
Konsep falsafah dan falsafah pendidikan; pendidikan tradisional dan progresif; Falsafah Pendidikan Malaysia-British hingga kini; organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia.

3 kredit
EDU
3001
Etika Perguruan 
Memprofesionalkan guru; pertimbagan moral tentang perguruan sebagai suatu profesyen;
tanggungjawab moral sekolah; peraan moral guru; kod etika perguruan; isu moral semasa yang
menarik perhatian guru.

3 kredit
EDU
3002
Pendidikan Moral    
Etika; perkembangan moral; pendidikan nilai dalam kurikulum sekolah; pendekatan pendidikan nilai;
perkembngan pendidikan moral di Malaysia.

3 kredit
EDU
3010
Psikologi Pendidikan       
Pengenalan pelbagai teori serta model perkembangan dan pembelajaran mengikut perspektif Barat dan Islam; faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan manusia; implikasi teori ini dalam bilik darjah.

3 kredit
EDU
3011   
Pendidikan Khas  
Definisi kanak-kanak luar biasa; mengenal pasti dan pengkelasan kebolehan; prosedur penjagaan dan pendidikan; penglibatan komuniti dalam pengajaran; isu semasa dalam pendidikan kanak-kanak luar biasa.
3 kredit
EDU
3020     
Sosiologi Pendidikan   
Teori dan kajian dalam sosiologi pendidikan; sekolah sebagai organisasi; budaya sekolah;
profesion perguruan; hubungan sekolah dengan ibu bapa; pendidikan dan perkembangan sosioekonomi negeri.
3 kredit
EDU
3021   
Pendidikan Komparatif  
Membandingkan pendidikan di negara-negara ASEAN daripada pelbagai perspektif; falsafah,
matlamat dan objektif pendidikan; kadar celik huruf; enrolmen pelajar; perbelanjaan pendidikan;
masalah, reformasi dan aliran terbaru yang terdapat di negara-negara ASEAN ini.
3 kredit
EDU
3030 
 
Teknologi Pendidikan  
Konsep, peranan dan penglibatan teknologi pendidikan; penyediaan, penggunaan, pemilihan
dan penilaian media pengajaran; perancangan pengajaran berpendekatan teknologi
pendidikan; perkembangan teknologi maklumat dalam pendidikan; mengguna perisian untuk
 pemprosesan perkataan, penerbitan, grafik, komunikasi dan analisis data; isu-isu semasa dalam teknologi pendidikan.
4 kredit
EDU 3031    Komputer Dalam Pendidikan  
Sejarah dan perkembangan CAI/CAL/CMI; jenis-jenis CAI dan isu-isu berkaitan; pendedahan
kepada authoring system’; pemilihan, pembentukan dan penilaian perisian komputer untuk pengajaran mata pelajaran terpilih.
3 kredit
EDU 3032    Inovasi Pendidikan
Kepentingan inovasi dalam pendidikan; proses perkembangan inovasi serta beberapa teori
perkembangan inovasi; jenis/bentuk inovasi dalam pendidikan serta masalah dan isu berkaitan;
peranan sekolah dan guru dalam proses perkembangan pelaksanaan inovasi; contoh-contoh inovasi dalam pendidikan.
     
3 kredit
EDU 3033   Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
Perkembangan teknologi maklumat dalam pendidikan; mengguna perisian untuk pemperosesan perkataan, penerbitan, grafik, komunikasi dan analisis data; mendapat maklumat melalui INTERNET.
3 kredit
EDU 3040 Pengujian Dan Penilaian  
Peranan dan fungsi pengujian dan penilaian; merancang ujian; prinsip-prinsip dalam membentuk pelbagai jenis soalan ujian; meringkas dan mentafsir skor ujian; kebolehpercayaan dan kesahan ujian; prosedur dalam analisis item dan tafsirannya; melapor keputusan ujian.
3 kredit
EDU
3041   
Penyelidikan Pendidikan
Pengertian, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan; analisis data; pengenalan dan penggunaan statistik dalam analisis; tafsiran dapatan penyelidikan; penyediaan kertas cadangan penyelidikan; penulisan laporan                                                                                  
3 kredit
EDU
3048 
Analisis Data      
Statistik untuk penyelidikan dalam pendidikan; pemprosesan data; analisis data; interpretasi dapatan penyelidikan; penulisan laporan.
3 kredit
EDU
3049
Latihan Ilmiah 
Penyelidikan terapan di bawah penyeliaan pembimbing berdasarkan tajuk yang dipersetujui oleh Fakult; penulisan laporan penyelidikan.
6 kredit
EDU
3050
Kokurikulum   
Konsep pendidikan jasmani dan ko-kurikulum; pelbagai jenis aktiviti ko-kurikulum dan objektifnya; perancangan, perlaksanaan dan penilaian aktiviti ko-kurikulum di sekolah; penyertaan dalam aktiviti
ko-kurikulum.
3 kredit
EDU
3051    
Pengurusan Pendidikan  
Pendekatan pengurusan dalam institusi pendidikan; fungsi, konsep dan prinsip pengurusan; hubungan
manusia dalam sistem sosial; kepemimpinan; komunikasi; membuat keputusan; motivasi guru;
kepuasan dan tekanan kerja; perubahan dalam pendidikan dan produktiviti guru.
3 kredit
EDU 3060 Teori Dan Amalan Kurikulum  
Konsep kurikulum; rasional kurikulum; prinsip kurikulum; model kurikulum; strategi perancangan kurikulum;  reformasi kurikulum; arah aliran perkembangan kurikulum di dalam dan di luar Malaysia; strategi perlaksanaan kurikulum.  
3 kredit
EDU
3061
English Language Teaching Methods    
Analisis kurikulum dengan merujuk sukatan pelajaran, buku teks, panduan guru dan bahan sumber lain; rancangan kerja dan persediaan mengajar; matlamat dan objektif pengajaran; pendekatan dan strategi; kaedah dan teknik pengajaran; penyediaan dan penggunaan pelbagai jenis ujian; pengajaran mikro.
3 kredit
EDU
3062
Kaedah Mengajar Biologi 
Analisis kurikulum Biologi (KBSM) dengan merujuk kepada sukatan pelajaran, buku teks, panduan guru dan bahan sumber lain; rancangan kerja dan persediaan mengajar; matlamat dan objektif
pengajaran; pendekatan dan strategi; kaedah dan teknik pengajaran; penyediaan dan penggunaan
pelbagai jenis ujian; pengajaran mikro.  
 
3 kredit

                               Sinopsis Kursus (seterusnya)