![]() |
SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK |
PERLUNYA SISTEM PA Seseorang pelajar yang kurang mampu menghadapi cabaran hidup di kampus dan mengikuti proses pembelajaran universiti akan berasa terumbang- ambing. Boleh dikatakan jarang sekali seseorang pelajar yang terlepas daripada menghadapi sebarang masalah semasa pengajiannya di universiti, sama ada masalah peribadi atau masalah akademik. Kedua-dua masalah tersebut ada kalanya berkait begitu rapat dan boleh menjejaskan prestasi akademiknya. Oleh itu, pelajar patut diberi bimbingan dan nasihat oleh orang yang telah melalui proses pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi. |
||||||||||||||||||||
APAKAH SISTEM PA
Sistem PA merupakan satu sistem yang meletakkan seseorang pelajar universiti di bawah bimbingan seorang pegawai akademik sepanjang tempoh pengajiannya. Pegawai ini digelar Penasihat Akademik (PA) dan ia merupakan penasihat serta sahabat bagi pelajarnya. |
||||||||||||||||||||
MATLAMAT DAN TUJUAN SISTEM PA Sistem PA diadakan dengan matlamat:
|
||||||||||||||||||||
CARA PENGENDALIAN SISTEM PA Fakulti akan mengagihkan pelajar kepada pegawai akademik Fakulti yang dilantik sebagai PA. Pelajar yang diletakkan di bawah PA tertentu akan terus berada di bawah PA itu hingga ia bergraduat, kecuali atas sebab tertentu, ia dipindahkan kepada PA yang lain. Senarai pelajar di bawah seseorang PA akan direkodkan di Pejabat Fakulti, dikemukakan kepada PA berkenaan dan dipaparkan di papan kenyataan pada masa pendaftaran. |
||||||||||||||||||||
APAKAH YANG HARUS DIBUAT OLEH PELAJAR? Para pelajar digalakkan menggunakan sistem PA ini dengan sepenuhnya. Mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkan nasihat, pandangan atau buah fikiran PA jika mempunyai masalah, sama ada akademik atau peribadi, serta selalu berbincang tentang perkembangan pelajaran mereka. Pertemuan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang pengajian pelajar. Perbincangan sesama pelajar secara kumpulan dengan Pa juga digalakkan. |
||||||||||||||||||||
JAWATANKUASA DAN URUSETIA SISTEM PA
Urusetia Sistem PA bagi Fakulti Pengajian Pendidikan ialah: Pejabat Timbalan Dekan (Akademik) |
||||||||||||||||||||