PENDAFTARAN DAN PENGECUALIAN KURSUS

1.0 JENIS PENDAFTARAN
  1.1 Universiti Pertanian Malaysia mengamalkan dua jenis pendaftaran, iaitu:  
i.    Prapendaftaran
ii.   Pendaftaran biasa
Prapendaftaran bererti pelajar mendaftar kursus-kursus untuk semester berikutnya. Pendaftaran biasa merupakan pendaftaran yang diadakan pada permulaan semester untuk pelajar yang belum membuat prapendaftaran. Bagi pelajar baru, mereka melakukan pendaftaran biasa.
Semua maklumat tentang prapendaftaran dan pendaftaran biasa, iaitu tarikh, waktu, tempat dan arahan-arahan lain dikeluarkan oleh Bahagian Akademik, Pejabat Pendaftar.
     
2.0 PENGECUALIAN KURSUS
    Seseorang pelajar boleh dipertimbangkan untuk diberi pengecualian jika pelajar berkenaan membuktikan bahawa ia telah mengikuti kursus yang setaraf dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan.
     
3.0 ASAS PENGECUALIAN KURSUS
  (a)   Pencapaian gred untuk pengecualian
    (i)    Pelajar telah mengikuti kursus yang sama (sama kod kursus dan nama kursus dan/atau kandungan, jumlah kredit dan peringkat) dan lulus.  
(ii) Pelajar telah lulus dalam kursus yang keadaannya setara dengan kelulusan sekurang-kurangnya purata gred C+ atau mata nilaian 2.5.
     
  (b)  Sistem gred
    Sistem gred yang digunakan sebagai asas penilaian untuk pengecualian adalah mengikut sistem gred UPM.  
     
  (c) Lulusan institusi lain. 
    (i)    Institusi yang diiktiraf dan setaraf dengan UPM.
Kursus institusi berkenaan yang boleh dipertimbangkan untuk diberikan pengecualian mestilah sekurang-kurangnya kursus peringkat diploma dan kursus itu setara dengan kursus UPM dari segi kandungan kredit/unit dan sistem penggredan.
(ii)   Institusi lain yang diiktiraf tetapi tidak setara dengan UPM.
Kursus UPM boleh dipertimbangkan untuk diberikan pengecualian berdasarkan keputusan ujian kelayakan khas kursus berkenaan. Pelajar yang sekurang-kurangnya mendapat gred C+ (mata nilaian 2.5) dalam ujian itu boleh dikecualikan daripada mengikuti kursus berkenaan.
     
  (d)  Status pelajar  
    Pelajar yang memohon pengecualian mestilah pernah menjadi pelajar berdaftar sekurang-kurangnya selama setahun bagi tujuan memenuhi keperluan program pengajiannya yang terdahulu.
     
 4.0 PERATURAN MEMOHON PENGECUALIAN KURSUS 
   (a)  Pengecualian kursus hanya dipertimbangkan bagi pelajar yang memohon pengecualian.
   (b)  Permohonan pengecualian selain daripada lulusan daripada UPM hendaklah menyertakan butir-butir lengkap kursus termasuk sinopsis, jumlah kredit, dan gred yang diperoleh. Permohonan
pengecualian hendaklah dibuat melalui borang AK-4.
   (c)  Semua permohonan hendaklah ditujukan kepada Dekan Fakulti yang menawarkan kursus yang ingin dipohon pengecualian melalui Penyelaras Program.
   (d)  Dekan, akan memberikan keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut.Keputusan Dekan adalah muktamad.
     

Pendaftaran Kursus (seterusnya)