![]() |
SISTEM PENILAIAN |
5. | KEGAGALAN DAN PENGULANGAN KURSUS | ||||||
|
|||||||
6. | KELAYAKAN BERGRADUAT | ||||||
Pelajar yang telah mendaftar bagi
sesuatu program pengajian dan telah lulus semua kursus yang diwajibkan
bagi program itu atau kursus gantian yang setara, dan memenuhi
semua syarat lain yang ditetapkan bagi program itu, serta mencapai purata timbunan mata nilaian tidak kurang daripada 2.0, berhak untuk bergraduat. Walaupun begitu hak untuk bergraduat boleh digantung atau dilupuskan, di mana berkenaan, oleh sesuatu hukuman akademik. |
|||||||
7. | KEPUTUSAN PEPERIKSAAN | ||||||
Keputusan bagi setiap kursus dalam peperiksaan dalam bentuk gred abjad akan diumumkan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan. Keputusan keseluruhan akan diumumkan oleh Pendaftar. Keputusan akan dikeluarkan hanya jika pelajar disahkan telah menjelaskan bayaran-bayaran yang diperlukan kepada Universiti. | |||||||
8. | RAYUAN | ||||||
Seseorang pelajar yang mendapat
keputusan diberhentikan' oleh sebab gagal memenuhi syarat-syarat
untuk meneruskan pengajian boleh mengemukakan rayuan terhadap
keputusan itu. Setiap rayuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, Bahagian Akademik dalam tempoh dua minggu selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Setiap rayuan yang diterima oleh pihak Pendaftar,Bahagian Akademik, akan dimajukan kepada Jawatankuasa Rayuan Senat untuk dipertimbangkan. Setiap rayuan perlu disertai dengan bayaran yuran $10.00 |
|||||||
9. | KURIKULUM | ||||||
Kurikulum Bacelor Pendidikan dan Bacelor sians (Pembangunan Sumber Manusia) telah digubal bagi memastikan para pelajar mendapat pendedahan yang mencukupi dalam bidang berkaitan. Pengambilan kursus dalam satu-satu semestr terpulang kepada pelajar sendieri asalakan pemilihan kursus itu tidak bercanggah dengan peraturan-peraturan dari segai bilangan maksimum kursus dan kredit serta telah didahului dengan kursus prasyarat yang diperlukan, jika berkenaan. Pelajar perlu memikirkan kursus-kursus asas yang patut diambil terlebih dahulu, tambahan pula jika kursus-kursus tersebut merupakan prasyarat bagai kursus-kursus seterusnya. |