DIPLOMA BELIA DALAM PEMBANGUNAN
Unit Pengajian Pembangunan Belia,
Jabatan Pendidikan Pengembangan
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia

11.0 Kurikulum Program
  11.1 Kurikulum program berasaskan kepada nilai dan konsep pembangunan yang juga merangkumi Deklarasi dan Prinsip8 Komanwel di Singapura pada 1971 dan Deklarasi Komanwel di Harare pada 1991. Secara khususnya, penumpuan ialah kepada aspek demokrasi, keadilan dan kesamaan melalui proses enabling, ensuring dan empowering bagi tujuan membangunkan ketrampilan. Kurikulum program ini juga mengambil kira aspek asas dalam pendidikan dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia. 
  11.2

Kurikulum ini diolah sebegitu rupa bagi mendedahkan pelajar agar mahir dan berpengetahuan di bidang berikut: Nilai dalam Komanwel dan Pembangunan; Belia dan Masyarakat; Prinsip dan Amalan Kerja Belia; Bekerja Bersama Komuniti; Gender dan Pembangunan; Proses Pembelajaran; Kemahiran Pengurusan dan Pembangunan; Perencanaan dan Penilaian Projek; Perancangan dan Pelaksanaan Polisi; Penyelesaian Konflik; Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Belia; Belia dan Kesihatan; Pembangunan Mampan dan Persekitaran; Belia dan Pendidikan Kependudukan dan Kekeluargaan; Pembentukan Personaliti Belia dan Komunikasi; Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam. Pembahagian kreditnya adalah seperti berikut:


Kursus Umum
    8 kredit
Kursus Teras
    73 kredit
Kursus Elektif
    9 kredit
Jumlah
    90 kredit

12.0 Implikasi Kewangan
Tidak ada peruntukan kewangan tambahan yang akan ditanggung oleh Universiti. Pihak Komanwel akan memberikan bantuan kewangan dalam penyediaan dan pembangunan modul. Pihak Komanwel juga akan menanggung perbelanjaan semasa tempoh pilot project. Kos bagi membiayai sistem penyampaian diperolehi daripada yuran pembelajaran pelajar.
13.0 Strategi Pelaksanaan
Program Diploma Belia dalam Pembangunan ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan. Penilaian program akan dibuat pada akhir tahun kedua bagi memperkukuh program berhubung dengan kesannya dalam negara dan juga Komanwel. Pengambilan kedua ialah selepas tahun kedua dan seterusnya setiap semester. Sebanyak 50 orang pelajar akan diambil setiap sesi akademik.
14.0  Pertindihan program antara Institusi Pengajian Tinggi yang lain
Tiada
15.0 Kesimpulan
Diploma Belia dalam Pembangunan ini memang telah lama ditunggu oleh negara dan Komanwel. Penawarannya adalah selaras dengan objektif dan matlamat negara Malaysia yang memerlukan belia yang diiktiraf dalam program pembangunan bagi menyediakan pekerja profesional belia dan pegawai belia yang akan melahirkan belia yang "empowered" agar menjadi rakan kongsi yang berkesan dalam pembangunan. Berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang Pembangunan Belia yang ada di institusi ini, adalah tepat pada masanya Universiti Putra Malaysia mendahului institusi lain di rantau ini dalam menawarkan program Diploma Belia dalam Pembangunan.
Email : [email protected]