SISTEM SEMESTER

MAKSUD SISTEM SEMESTER
Tahun akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester, dan setiap semester mengandungi 18 minggu. Pada pertengahan semester, terdapat
satu minggu cuti pertengahan semester. Tiga minggu terakhir setiap semester digunakan untuk peperiksaan akhir. Pada sepanjang semester, pelajar mengikuti kursus-kursus yang telah dipilih mengikut keperluan program pengajiannya.
 
NILAI KREDIT DAN JAM KONTAK
Setiap kursus yang diambil oleh pelajar mempunyai nilai kredit yang tertentu. Nilai kredit sesuatu kursus berrasaskan jam kontak kuliah, amali atau kedua-duanya. Satu jam kredit bererti satu jam kontak seminggu untuk kuliah atau tutorial, atau 1-3 jam kontak seminggu untuk amali. Misalnya, bagi kursus yang 2 + 1 kr (3 kr), pelajar yang mengambilnya akan menghadiri 2 jam kuliah di samping 1-3 amali seminggu.
 
KEPERLUAN UNTUK BERGRADUAT 
Seseorang pelajar dikehendaki memenuhi keperluan minimum kredit untuk bergraduat. Jumlah minimum kredit untuk bergraduat adalah 120. Selain itu, untuk bergraduat, seseorang pelajar mestilah lulus kursus-kursus kemahiran bahasa seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti
 
BEBAN KREDIT DAN BILANGAN KURSUS SESEMESTER
Pelajar sepenuh masa dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 12 kredit dan tidak melebihi 20 kredit bagi sesuatu semester. Bilangan kursus dalam sesuatu semester pada lazimnya tidak melebihi 7 kursus, Dalam keadaan khas, beban kredit dan bilangan kursus boleh ditambah dengan kebenaran Penasihat Akademik dan kelulusan Dekan Fakulti. Pendaftaran separuh masa (kurang daripada 12 kredit) hanya dibenarkan jika pelajar telah menyempurnakan jumlah kredit minimum untuk bergraduat.
 

PENGELASAN PELAJAR
Mengikut ketetapan Universiti, semua pelajar di Fakulti ini dikelaskan kepada 4 golongan. Pengelasan ini diasaskan kepada bilangan kredit yang telah diambil oleh mereka bagi memenuhi keperluan program pengajian masing-masing. Kelas-kelas tersebut ialah:

Bongsu  0 - 30 jam kredit
Kecil  31 - 60 jam kredit
Muda  61 - 90 jam kredit
Sulung    91 jam kredit hingga bergraduat

 



Pendaftaran Kursus