DIPLOMA BELIA DALAM PEMBANGUNAN
Unit Pengajian Pembangunan Belia,
Jabatan Pendidikan Pengembangan
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia

4.0

Objektif Penawaran Program

Objektif menawarkan Program Diploma Belia dalam Pembangunan termasuklah:

  4.1 Menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran untuk bekerja dengan belia dalam pelbagai keadaan, mengurus dan memberi sokongan kepada pekerja-pekerja lain sama ada yang bergaji ataupun bekerja secara sukarela serta yang menggubal polisi di agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
  4.2 Menyediakan pelajar sebagai golongan profesional untuk membina kepimpinan belia agar berkeupayaan membangunkan generasi muda sebagai rakan pembangunan.
5.0 Falsafah Program
  5.1 Program ini dibentuk berdasarkan kepada falsafah bahawa potensi golongan belia boleh diserlahkan bagi menyediakan kepimpinan bagi membina kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Proses yang dilalui merangkumi pendedahan kepada teori dan praktikal dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan tuntutan pembangunan masa kini.
 
6.0 Skop dan Strategi Program
  6.1 Kaedah yang digunakan dalam Program Diploma Belia dalam Pembangunan ialah Strategi Pendidikan Luar Kampus/Jarak Jauh yang berasaskan Kajian Tindakan. Pendekatan ini dijangka dapat mengatasi masalah dalam proses pembelajaran pelbagai bidang, perbezaan keperluan dan aspirasi, budaya dan tradisi; serta menyediakan kefahaman yang lebih luas.
  6.2 Pelajar akan mengalami proses pendidikan yang menarik dan bermakna melalui kaedah pembelajaran interaktif. Ini bermakna strategi kajian tindakan mempunyai dua ciri penting iaitu fokus kepada kajian bagi penyelesaian masalah insitu dan sokongan pendidikan secara interaktif.
  6.3

Empat bentuk sokongan yang disediakan termasuklah:

  • Bahan kurikulum dan ABM akan diterbitkan bagi setiap modul teras (termasuk helaian kerja, pek, pita dan video).
  • Bahan sokongan tutorial yang menggunakan sistem komputer dan sistem komunikasi berasaskan elektronik serta melalui perjumpaan yang telah disusun dengan beberapa kumpulan pelajar.
  • Kontrak Pembelajaran bagi pembelajaran sendiri
  • Kerja amali yang akan mengambil projek-projek yang diselia dalam kontek sebenar.
  6.3 Bagi peringkat Diploma, pelajar perlu mengambil 17 kursus yang disampaikan dalam bentuk modul. Setiap kursus mempunyai 4-6 jam kredit. Dengan perkataan lain pelajar harus mengumpul minimum 90 kredit sebelum dianugerahkan Diploma. Pelajar boleh menyempurnakan jumlah tersebut mengikut kemampuan masing-masing dalam tempoh 18 bulan dan tidak melibihi dua tahun. CYP, COL dan institusi-institusi kongsi akan mengambil kira kredit yang dikumpul bagi Diploma Belia dalam Pembangunan sebagai setara dengan satu tahun program ijazah yang berkaitan. 
 7.0 Tempoh Program
Tempoh program tidak melebihi dua tahun.
8.0 Tahun Penawaran Program
Program akan dilancarkan ke seluruh negara Komanwel pada bulan Mei 1998 dan akan di tawarkan olih UPM mulai Semester November, 1998.
9.0 Pengambilan Pelajar
Sebanyak 50 orang pelajar akan diambil pada pusingan awal ini iaitu projek printis (dua tahun). Pengambilan seterusnya ialah 50 pelajar setiap semester.
10.0 Syarat Kemasukan
 
  • Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau yang setara
  • Berpengalaman dalam kerja belia, kerja sosial, pengembangan, pembangunan sumber manusia dan pembangunan komuniti.
  • Mampu menguasai Bahasa Inggeris

11.0 Kurikulum Program
  11.1 Kurikulum program berasaskan kepada nilai dan konsep pembangunan yang juga merangkumi Deklarasi dan Prinsip8 Komanwel di Singapura pada 1971 dan Deklarasi Komanwel di Harare pada 1991. Secara khususnya, penumpuan ialah kepada aspek demokrasi, keadilan dan kesamaan melalui proses enabling, ensuring dan empowering bagi tujuan membangunkan ketrampilan. Kurikulum program ini juga mengambil kira aspek asas dalam pendidikan dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia. 
  11.2

Kurikulum ini diolah sebegitu rupa bagi mendedahkan pelajar agar mahir dan berpengetahuan di bidang berikut: Nilai dalam Komanwel dan Pembangunan; Belia dan Masyarakat; Prinsip dan Amalan Kerja Belia; Bekerja Bersama Komuniti; Gender dan Pembangunan; Proses Pembelajaran; Kemahiran Pengurusan dan Pembangunan; Perencanaan dan Penilaian Projek; Perancangan dan Pelaksanaan Polisi; Penyelesaian Konflik; Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Belia; Belia dan Kesihatan; Pembangunan Mampan dan Persekitaran; Belia dan Pendidikan Kependudukan dan Kekeluargaan; Pembentukan Personaliti Belia dan Komunikasi; Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam. Pembahagian kreditnya adalah seperti berikut:


Kursus Umum
    8 kredit
Kursus Teras
    73 kredit
Kursus Elektif
    9 kredit
Jumlah
    90 kredit

   Diploma Belia dalam Pembangunan (seterusnya)