![]() |
PENDAFTARAN DAN PENGECUALIAN KURSUS |
5. | PENGECUALIAN KURSUS MENGIKUT KATEGORI | |
Pelajar lepasan maktab perguruan (guru terlatih) secara automatik diberikan pengecualian kursus-kursus berikut: | ||
EDU 3090 Latihan Mengajar 1(8
kr.) atau EDU3091 Latihan Mengajar II (4 kr.) EDU 3050 Kokurikulum (3 kr.) POL 2002 Kenegaraan Malaysia (3 kr.) FAL 2004 Tamadun Islam (4 kr.) |
||
6. |
PENGECUALIAN KURSUS KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS |
|
Pelajar yang diberi pengecualian kursus kemahiran bahasa Inggeris ialah: | ||
(a) | Pelajar program Bacelor Pendidikan | |
(b) | Pelajar yang mendapat A1 dan A2 mata pelajaran Bahasa Inggeris SPM atau A1-B4 kertas Bahasa Inggeris 1119. | |
(c) | Pelajar yang telah lulus kursus Kemahiran bahasa Inggeris dari Universiti Pertanian Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, termasuk bekas pelajar Matrikulasi, maktab dan politeknik. | |
(d) | Pelajar yang mempunyai kelulusan Bahasa Inggeris selain Sijil Pelajaran Malaysia atau English 1119 atau mereka yang telah mengikuti kursus pengajian melalui Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. | |
|
Pelajar yang mendapat pengecualian kursus kemahiran bahasa Inggeris dikehendaki mengisi borang permohonan pengecualian kursus AK-4 untuk tujuan rekod. | |
7. |
PENGECUALIAN KURSUS KEMAHIRAN BAHASA MELAYU |
|
Pelajar yang diberi pengecualian kursus kemahiran bahasa Melayu ialah: | ||
(a) | Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya kredit mata pelajaran Bahasa Melayu pada pangkat SPM. | |
(b) | Pelajar yang telah lulus kursus Kemahiran Bahasa Melayu dari Universiti Pertanian Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. | |
(c) | Pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang atau kepujian dalam mata pelajaran BahasaMelayu/Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau sekurang-kurangnya mendapat Gred E mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat STPM. | |
|
Pelajar yang mendapat pengecualian kursus kemahiran bahasa Melayu dikehendaki mengisi borang permohonan pengecualian kursus AK-4 untuk tujuan rekod. | |
8. | MASA MEMBERIKAN PENGECUALIAN | |
Pengecualian kursus lazimnya diberi sebelum pelajar mendaftar untuk kursus-kursus yang ingin diikutinya. Pelajar hendaklah menyelesaikan semua urusan pengecualian selewat-lewatnya pada minggu ketiga bagi setiap semester. Seboleh-bolehnya pelajar hendaklah memohon pengecualian pada semester pertama untuk keseluruhan program pengajiannya. |