Cert. Ed. (Malaya)   
B.Sc., M.Sc. (SUNY)   
Ph.D. (SIU)   

Salam hormat dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) kerana berjaya melancarkan laman web FPP dengan jayanya.

Penampilan laman web ini memang tepat pada masanya dan diharapkan dapat berfungsi sebagai wadah maklumat yang mudah diakses oleh warga FPP dan masyarakat umum.

Di dalam laman web ini, dimuatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan latar belakang, pentadbiran, staf, program pengajian dan aktiviti di sekitar FPP. Mudah-mudahan teknologi komputer dan internet yang kian serasi dengan kehidupan kita dapat dimanfaaatkan sepenuhnya sebagai forum interaksi dan komunikasi berkesan, membatasi sempadan ruang dan masa.

Dalam menuju ke alaf baru, FPP akan meneruskan usaha bagi menerapkan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh dalam aspek pentadbiran serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran- pembelajaran. Langkah ini dianggap sebagai agenda terpenting ke arah pendemokrasian dan kesejagatan pendidikan seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan golongan pendidikan yang berpengetahuan IT, berketrampilan dan berwawasan.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyahut seruan untuk mempelajari dan menguasai IT untuk dimanfaatkan bagi meningkatkan mutu pendidikan sejajar dengan pembudayaan IT dalam dunia pendidikan.

Salam hormat,
Profesor Madya Dr. Kamariah Abu Bakar
kamarab@seduc